mutakhir

Mayat terapung di Sungai Kerian

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

MAYAT lelaki berusia 60-an ditemui terapung di Sungai Kerian berdekatan Taman Pinggiran, Parit Buntar, hari ini.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira jam 11.30 pagi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.42 pagi daripada polis bagi membantu menaikkan mayat berkenaan.

Menurutnya, sepasukan anggota kemudian dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menaikkan mayat berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Disiarkan pada: March 29, 2019 @ 2:56pm
d