mutakhir

Saingan empat penjuru di Rantau [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau 13 April ini secara rasminya menyaksikan persaingan empat penjuru.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus, jam 10.30 pagi, 30 minit selepas tempoh pencalonan ditutup.

Empat calon terbabit ialah calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram dan penyandang kerusi kawasan itu yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Barisan Nasional (BN).

Dua calon Bebas yang bertanding ialah anak jati Rantau yang juga bekas penerbit dan penyampai radio di Toronto, Kanada, R Malar, 51, dan Mohd Nor Yassin, 67.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tamat tempoh sejam penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 10:43am
    d