mutakhir

Tekad dua calon Bebas [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

MOHD Nor Yassin yang menjadi calon bebas, membuat keputusan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau untuk meraikan demokrasi.

Walaupun sekadar calon 'underdog', bekas pensyarah itu tetap optimis untuk meraih kemenangan pertamanya dalam saingan empat penjuru.

Katanya, mahu memfokuskan kepada kesaksamaan dan memastikan Rantau menikmati pembangunan berasaskan Islam.

“Dah bertanding mesti nak menang. Saya mahu bawa pembangunan berasaskan Islam di Rantau,” katanya ketika ditemui selepas Pengumuman Calon DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan, Rembau, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi calon bebas, R Malar bertanding kerana mahu menunjukkan protes terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Saya bertanding kerana mahu protes kepada PH dan BN,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Disiarkan pada: March 30, 2019 @ 11:35am
    d