mutakhir

Tragedi cuti sekolah

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KANAK-kanak lelaki berusia sembilan tahun lemas di kolam renang sebuah kelab golf di Bukit Beruntung, Hulu Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, pengawal keselamatan kelab golf terbabit yang membuat rondaan 9.40 pagi terlihat beberapa individu sedang menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu yang dipercayai lemas.

“Ketika membuat rondaan, pengawal keselamatan itu melihat beberapa individu sedang menyelamatkan kanak-kanak lelaki itu.

“Bagaimanapun, mangsa yang dibawa ke klinik berhampiran selepas dibawa keluar dari kolam renang itu disahkan meninggal dunia,” katanya hari ini.

Bak Phai berkata, siasatan awal mendapati mangsa berenang di kolam renang kanak-kanak sambil ditemani ahli keluarga.

“Namun mangsa memasuki kolam renang dewasa tanpa disedari ahli keluarga.

“Mangsa bermalam di kelab golf berkenaan bersama keluarga dari Masai, Johor.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa lemas dan tiada kecederaan fizikal ditemui,” katanya.

Disiarkan pada: March 31, 2019 @ 8:40pm
d