mutakhir

Elak anjing, rempuh kereta

Oleh Norizuan Shamsuddin

DOKTOR mengalami detik cemas apabila kereta dipandu melanggar lima kenderaan yang diparkir di bahu jalan selepas cuba mengelak melanggar anjing di Jalan Puncak Jalil 1, Serdang hari ini.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, lima kenderaan mengalami kerosakan selepas dilanggar Proton Persona dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan yang dibuat pemandu berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu kereta itu dalam perjalanan dari Taman Lestari Perdana menuju ke Puncak Jalil.

“Apabila tiba di lokasi, seekor anjing melintas jalan menyebabkan pemandu terkejut dan cuba mengelak melanggar haiwan itu.

“Ia menyebabkan kereta dipandu lelaki itu terbabas dan merempuh lima kenderaan yang diparkir di bahu jalan.

“Antara kenderaan yang dilanggar Perodua Kelisa, Myvi, Viva, Proton Wira dan sebuah van model Nissan.

“Bagaimanapun, kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada pemandu terbabit dan mangsa juga sudah tampil membuat laporan,” katanya.

Disiarkan pada: March 31, 2019 @ 11:03pm
d