mutakhir

Erwin pengarah baharu JaPen WPKL

Oleh HM Digital

JABATAN Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menerima Pengarah baharu hari ini, Erwin Khairul Ahmad.

Erwin, 44, menggantikan S Devaraj yang bertukar ke Jabatan Penerangan Selangor, juga sebagai Pengarah.

Beliau sebelum ini berpengalaman bertugas di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Bahagian Media Siber, dan Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu, ibu pejabat Jabatan Penerangan Malaysia.

Memulakan kerjaya sebagai penolong penerbit rancangan TV (kontrak) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 1999 sebelum menyertai Jabatan Penerangan pada 2001.

Erwin mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi dan Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Penyiaran kedua-duanya daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Disiarkan pada: April 1, 2019 @ 5:51pm
d