mutakhir

Dah agih 2 juta dekoder MYTV

Oleh Hairulazim Mahmud

SEBANYAK 2 juta dekoder MYTV sudah diagihkan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) berkelayakan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, dekoder diperuntukkan merangkumi 1,651,333 unit dekoder Digital Television Terrestrial (DTT) dan 24,482 set Dekoder to Home (DTH) yang diagihkan kepada isi rumah B40 yang berkelayakan..

“Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional dilaksanakan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MWV) sedang berjalan lancar dan liputan siaran DTT sudah mencapai sehingga 98 peratus kawasan berpenduduk,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang mahu menteri menyatakan status MYTV dan hasil rundingan antara pihak MYTV Production Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia Berhad, selain jumlah dekoder diagihkan golongan B40.

Disiarkan pada: April 2, 2019 @ 3:05pm
d