mutakhir

Wireless Charging Case untuk HUAWEI P30

Kuala Lumpur: Secara rasminya, HUAWEI memperkenalkan peranti terbarunya menerusi siri P30 di Malaysia, hari ini.

Peranti yang sudah menerima skor paling tinggi daripada DxOMark setakat ini dipacu oleh kecanggihan kameranya yang memfokuskan pada rakaman gambar dan video, termasuk untuk rakaman jarak jauh menerusi teknologi pembesaran imej (superzoom) pada tahap terbaik.

Sementara itu, ramai juga sudah sedia maklum bahawa HUAWEI hanya menawarkan pengecasan tanpa wayar kepada P30 Pro sahaja.

Namun, jika anda ingin merasai kelebihan ini khusus pada Huawei P30, jenama berkenaan mempunyai jalan penyelesaian tersendiri melalui HUAWEI P30 Wireless Charging Case atau sarung pelindung pengecasan tanpa wayar.

Selain berfungsi sebagai aksesori, ia juga membolehkan HUAWEI P30 menerima fungsi pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W.

Sarung pelindung ini juga selamat kerana ia menerima pensijilan keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

Ia juga hadir dengan reka bentuk berlubang dan tekstur yang tidak licin untuk cengkaman lebih baik.

Bagi menyokong pengecasan tanpa wayar, sarung perlindungan ini mempunyai bahan magnet getah tahan lama yang membolehkan telefon anda mudah dipegang oleh pemegang telefon di dalam kereta untuk memudahkan navigasi satu sentuhan.

HUAWEI P30 Wireless Charging Case ini berharga RM268 dan mempunyai dua pilihan warna iaitu oren serta hijau.

Sementara itu, HUAWEI P30 8GB+128GB dijual pada harga RM2,699 manakala P30 Pro 8GB+256GB pula berharga RM3,799 dan P30 Pro 8GB+512GB berharga RM4,399.

Disiarkan pada: April 2, 2019 @ 7:17pm
d