mutakhir

'Bakpe mung katok die'

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

NELAYAN warga emas cedera dipukul dengan pengunci stereng dalam satu perselisihan faham di tepi sungai Kampung Seberang Pintasan, Dungun Ahad lalu.

Kejadian 9 malam berlaku ketika lelaki berusia 72 tahun itu sedang membuang air yang ada di dalam bot sebelum didatangi lelaki dikenali.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, suspek tiba-tiba memukul mangsa menggunakan pengunci stereng.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa cedera telinga, lebam bahu, luka pada siku dan ibu jari tangan kiri.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada salah faham berkaitan bot sehingga suspek menyerang mangsa.

“Kita sudah menahan suspek dan dia direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.

Disiarkan pada: April 3, 2019 @ 5:35pm
d