mutakhir

Buru lelaki hina Ketua Menteri

Oleh Poliana Ronnie Sidom

POLIS sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menghina Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Ia susulan laporan lelaki yang mengadu gambar miliknya dimuat naik di laman sosial berkenaan oleh pemilik akaun bernama ‘Som bin Poton’ dengan ayat berbaur menghina Ketua Menteri yang Presiden WARISAN pada 26 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, hasil semakan dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendedahkan pemilik akaun terbabit dipercayai dikendalikan oleh penama Tumik Aik, 53, yang beralamat di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Sandakan serta Kampung Penangah, Kinabatangan.

“Kita minta penama terbabit tampil dengan segera ke bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan untuk membantu siasatan polis.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Disiarkan pada: April 5, 2019 @ 1:47pm
d