mutakhir

Hari-hari dapat provokasi - Streram

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

“BERKEMPENLAH secara berhemah dan tidak ada apa-apa provokasi. Tapi sekarang hari-hari saya dapat provokasi walaupun kita tidak buat apa-apa,” kata Dr S Streram.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu memberi reaksi demikian merujuk kepada beberapa kainrentang yang dipasang di sekitar DUN ini menggunakan ayat provokasi menyampaikan mesej supaya tidak mengundinya.

Antara lokasi dipasang kain rentang tertera gambar Dr Streram dalam dialek Negeri Sembilan itu adalah di Kampung Pasir yang dipercayai digantung malam tadi.

Mengulas lanjut calon PKR itu berkata, beliau sudah beberapa kali menasihati pembangkang malah juga jenteranya supaya berkempen secara sihat tanpa menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

“Tapi apa yang berlaku ini jelas satu cara yang tidak baik dan tidak adil kepada saya.

“Sebagai seorang profesional, saya beritahu pengundi untuk bekerja seperti pekerjaan saya sebagai seorang doktor pakar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas kempen tinjauan mesra bersama pengundi di Kampung Nyatoh, hari ini.

Tambahnya, susulan itu, PH telah membuat laporan polis berhubung pemasangan kain rentang provokasi itu di Balai Polis Rantau.

“Sekarang ini, fokus saya hanya untuk meneruskan kempen bertemu pengundi seramai mungkin,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Rantau
  • Disiarkan pada: April 6, 2019 @ 1:29pm
    d