mutakhir

Kembar buat kami

Oleh Nur Saliawati Salberi

“MUNGKIN ini hadiah buat kami selepas tiga tahun menunggu untuk menimang cahaya mata. Kegembiraan saya dan suami berganda apabila dimaklumkan bayi dalam kandungan ketika itu adalah kembar,” kata Lee Elee, 34.

Ibu kepada pasangan kembar Florence Chong dan Danial Chong, 11 bulan itu berkata, dia dan suami Chong Yan See, 41, mengambil keputusan membuat rawatan teknologi persenyawaan in vitro (IVF) kerana terlalu ingin menimang cahaya mata.

Katanya, pada awalnya dia dan suami berbincang dan selepas tiga tahun menanti mereka bersetuju untuk melakukan rawatan IVF bagi mendapatkan zuriat sebagai penyeri kehidupan rumah tangga.

“Selepas melalui prosedur dan rawatan ditetapkan akhirnya saya disahkan hamil, mungkin sudah rezeki kami dikurniakan anak lelaki dan perempuan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Metro IVF Melaka, di Kota Laksamana, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri Low Chee Leong.

Disiarkan pada: April 6, 2019 @ 4:23pm
d