mutakhir

Mohon sumbangan set komputer bantu Orang Asli [METROTV]

Oleh Ruwaida Md Zain

YAYASAN Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan sektor korporat dan swasta tampil menyumbang set komputer bagi memperkasakan projek Tuisyen Mission Ke Kampung Orang Asli bagi jangka masa panjang.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia peluang terbaik bagi sektor itu membantu pihaknya yang berusaha memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan terutama di perkampungan Orang Asli.

“Kami berdepan kesukaran mendapatkan sumbangan dan saya menggesa syarikat atau sektor korporat tampil ke menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menaja komputer.

“Dalam era ini, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadi perkara penting dalam pendidikan termasuk masyarakat di kampung Orang Asli kerana pendidikan adalah hak asasi manusia.

YSS KPM antara saluran dalam usaha membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Keraian Projek Tusiyen Mission Ke Kampung Orang Asli di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, semalam.

Turut hadir, Ketua Kluster, Muster Pembangunan Profesional dan Etika Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr Jamaludin Mohd Ali dan Tok Batin kampung itu, Hadi Anak Jembik.

Disiarkan pada: April 7, 2019 @ 7:01am
d