mutakhir

Pelarian Rohingya mendarat lagi

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

SERAMAI 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai etnik Rohingya mendarat di Pantai Sungai Baru, Kangar, pagi tadi.

Kehadiran PATI berkenaan disedari orang ramai pada 7 pagi sebelum memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menerima maklumat kemudian ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan PATI berkenaan.

Semua PATI terbabit kemudian dibawa ke pejabat Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis untuk tindakan selanjutnya.

Bulan lalu, sekumpulan PATI daripada etnik Rohingya seramai 35 orang perempuan dewasa 26, kanak-kanak lelaki empat dan kanak-kanak perempuan lima dipaksa oleh tekong supaya turun ke dalam laut dan berjalan dalam selut sejauh hampir 500 meter untuk ke pantai.

Difahamkan AKSEM akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara itu hari ini.

Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 11:04am
d