mutakhir

Jadilah Juara Gambar Huawei

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PEMINAT foto berpeluang untuk memenangi tiga peranti keluaran Huawei iaitu P30 Pro yang menawarkan kamera termaju dalam segmen telefon pintar dan dua lagi iaitu P30 dan Nova 4.

Peserta perlu menyertai peraduan ‘Jadilah Juara Gambar Huawei’ dan menggunakan telefon pintar keluaran Huawei termasuk menghidupkan ciri tera air (watermark).

Tera air ini antara ciri dalam peranti Huawei dan mudah diaktifkan menerusi pilihan dalam mod kamera.

Untuk mengaktifkan tera air itu, pengguna perlu menekan ikon kamera dan mencari panel ‘setting’ atau logo selengkap roda (gear) yang kebiasaannya di bahagian atas kanan skrin.

Selepas itu, peserta perlu mengaktifkan panel yang tertulis ‘watermark’ supaya setiap gambar yang dihantar memaparkan tera air Huawei itu.

Peserta juga perlu mengambil gambar paling kreatif dan menulis kapsyen tidak lebih daripada 20 perkataan dan menggunakan tanda pagar #JuaraGambarHuawei pada akhir kapsyen mereka.

Pertandingan itu dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula sehingga 5 Mei ini dan pemenang akan membawa pulang peranti Huawei P30 Pro.

Selain itu, dua hadiah yang ditawarkan adalah peranti Huawei P30 dan Nova 4 kepada pemenang bertuah.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.hmetro.com.my/juaragambarhuawei

Disiarkan pada: April 8, 2019 @ 6:16pm
d