mutakhir

Kon melekat di kepala [METROTV]

Oleh Junaidi Ladjana

MURID lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, menahan derita setengah jam apabila kon tersangkut di kepalanya, semalam.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu yang menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah jam 2.26 petang menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi kejadian kejadian.

Jurucakap BBP Kuala Penyu berkata, sepasukan bomba yang tiba 12 minit kemudian mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kon dari kepala mangsa.

“Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala mangsa.

“Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati... jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan mangsa baik dan diserahkan kepada ibu bapanya yang turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di pondok di kawasan sekolah yang mana kon itu disimpan di kawasan berkenaan.

Disiarkan pada: April 9, 2019 @ 4:22pm
d