mutakhir

PRK Sandakan: 6 borang dijual

Oleh Poliana Ronnie Sidom

ENAM borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan sudah dijual setakat hari ini.

Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sandakan, Mohd Hamsan Awang Supain berkata, ia membabitkan satu daripada parti DAP, manakala lima lagi daripada Bebas.

“Setakat petang ini, enam borang sudah terjual sejak dibuka bermula 3 petang semalam.

“Borang pencalonan dijual sehingga hari sebelum penamaan calon pada 27 April depan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Pengerusi DAP negeri dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Setakat ini, beberapa parti termasuk Gabungan Bersatu Sabah (GBS), Parti Bersatu Sabah (PBS), MCA dan PAS menunjukkan minat untuk meletakkan calon di kerusi berkenaan.

Turut dikatakan berminat untuk bertanding kerusi berkenaan adalah Parti Liberal Demokratik (LDP), namun tiada pengumuman secara rasmi dibuat sehingga ke hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian dan 7 Mei pengundian awal manakala 27 April sebagai tarikh penamaan calon.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Sandakan
  • Disiarkan pada: April 10, 2019 @ 6:59pm
    d