mutakhir

Direman kerana tuntutan palsu RM261,000 [METROTV]

Oleh Helmy Abd Rahman

MAHKAMAH Majistret Kuala Terengganu membenarkan seorang penolong pengurus syarikat kontraktor direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu RM261,000.

Suspek lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu itu bagi kerja membekal, memasang, menyusun dan menguji peralatan pancaragam di sebuah sekolah di Kuala Terengganu pada 2017.

Bagaimanapun, difahamkan, kerja pembekalan dilakukan tanpa mengikut spesifikasi sepatutnya.

Penolong Pendaftar Mahkamah, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa membenarkan suspek direman enam hari mulai hari ini hingga Isnin depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan suspek dibawa ke Pejabat SPRM negeri untuk siasatan lanjut.

Dia sebelum itu ditahan di Pejabat SPRM negeri pada 4.30 petang semalam.

Disiarkan pada: April 10, 2019 @ 8:41pm
d