mutakhir

Dua wanita ajal bersama

Oleh Nurul Amanina Suhaini

DUA wanita apabila maut tersepit selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Mersing-Jemaluang, Kampung Gajah Mati, Mersing, 9.30 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Anuar Hussin berkata, Zuriaty Abu Khalib, 37, dan Rohaya Ibrahim, 37, dari Mersing menaiki Proton Saga BLM maut di tempat kejadian.

Katanya, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Saga BLM dan kenderaan pacuan empat roda Isuzu DMAX Ranhill SAJ.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.30 malam tadi, sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila tiba pihak ambulans sudah berada di lokasi dan pegawai perubatan yang memeriksa mangsa mengesahkan kedua-dua wanita berkenaan sudah meninggal dunia sebelum bomba berusaha mengeluarkan mangsa.

“Kami mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa beralamat di Bandar Bera, Pahang, berikutan mayat mereka tersepit di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi.

Anuar berkata, bagaimanapun, dua lelaki yang juga kakitangan Ranhill SAJ berusia 48 dan 35 tahun, dari Jemaluang ke Mersing hanya cedera ringan.

Beliau berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Mersing dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.27 malam tadi.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 12:34am
d