mutakhir

Bantu penduduk tuntut kerugian

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kota Tinggi: Kerajaan negeri berjanji akan membantu penduduk yang rumah mereka terjejas susulan letupan dan kebakaran di satu lot tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang, awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, selepas mengadakan lawatan ke beberapa rumah yang terjejas, pihaknya akan berbincang untuk membantu menuntut kerugian daripada Petronas.

“Saya ada melawat beberapa rumah mangsa dan saya berjanji kerajaan akan membantu mereka menuntut sebarang kerugian dengan pihak Petronas.

“Nasib baik tiada yang cedera di Kampung Lepau,” katanya ringkas kepada media menerusi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu, Jimmy Puah ke Kampung Lepau bagi melawat kediaman penduduk yang dilaporkan mengalami kerosakan susulan insiden itu.

Kampung Lepau antara kampung paling hampir dengan lokasi kejadian iaitu kira-kira satu kilometer.

Berita berkaitan:

  • 2 cedera letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang
  • Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 1:58pm
    d