mutakhir

Tak Rugi! Tukar ke HUAWEI baharu

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Pemilik peranti HUAWEI kini berpeluang untuk menaik taraf telefon pintar mereka kepada model baharu dalam siri P30 apabila syarikat gergasi berkenaan menawarkan promosi naik taraf dengan tawaran harga istimewa.

Menerusi kempen ‘Level Up’, pengguna yang sudah menggunakan peranti keluaran syarikat berkenaan ditawarkan untuk menaik taraf peranti mereka dan sebanyak 20 model telefon pintar HUAWEI layak dalam program strategik berkenaan.

Cukup mudah untuk menaik taraf telefon pintar lama yang mana pengguna hanya perlu menyalin data sedia ada, mengeluarkan kad sim dan kad memori pada peranti HUAWEI mereka.

Selepas itu, pengguna perlu membawa peranti mereka ke mana-mana kedai HUAWEI Experience Stores dan kakitangan syarikat itu akan melihat keadaan fizikal peranti berkenaan.

Satu aplikasi diagnostik akan dipasang pada peranti anda untuk menguji semua fungsi peranti. Sebaik selesai, aplikasi itu akan memberikan nilai harga untuk telefon pintar berkenaan.

Apabila harga ditawarkan itu dipersetujui oleh pelanggan, kakitangan HUAWEI akan mencetak baucer yang hanya boleh digunakan untuk memberi peranti terbaru iaitu HUAWEI siri P30 pada waktu yang sama.

Bagaimanapun, hanya satu peranti HUAWEI saja dibenarkan untuk setiap pembelian siri P30 dan orang ramai yang mahukan maklumat lanjut boleh layari pautan https://consumer.HUAWEI.com/my/campaign/HUAWEI-p30-series-trade-in-deals/.

Dua varian HUAWEI P30 Pro ditawarkan iaitu dengan spesifikasi memori (RAM) 8GB dan storan 256GB pada harga RM3,799 manakala storan 512GB pada harga RM4,399.

Peranti P30 pula dijual pada harga RM2,699 dan mempunyai spesifikasi 8GB RAM serta storan 128GB.

Disiarkan pada: April 12, 2019 @ 6:56pm
d