mutakhir

Pelamin boleh tunggu... [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

PENGANTIN menjadi tumpuan selepas hadir ke pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, di Rantau, hari ini.

Norliyana Mohamad Yazid, 30, hadir bersama suami Mohamad Adham Adnan, 36, 11.30 pagi hari ini lengkap mengenakan busana raja sehari berwarna biru.

Norliyana berkata, dia teruja menjalankan tanggungjawab untuk mengundi walaupun sedang mengadakan majlis bertandang di Ampangan hari ini.

“Saya tidak sangka tarikh majlis bertandang sama pada hari pengundian. Jadi saya dan suami bersiap lebih awal untuk ke pusat pengundian.

“Selepas selesai mengundi, saya dan suami akan ke Ampangan untuk majlis bertandang,” katanya yang bernikah pada 23 Mac lalu.

Katanya, suami yang berasal dari Paroi turut memberi semangat untuknya menunaikan tanggungjawab walaupun ada majlis penting hari ini.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, mengundi adalah tanggungjawab yang perlu ditunaikan untuk meneruskan kesinambungan proses demokrasi.

Disiarkan pada: April 13, 2019 @ 12:39pm
d