mutakhir

[UPDATE] PRK Rantau : Tempoh pengundian ditutup [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Rizanizam Abdul Hamid

TEMPOH mengundi biasa bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ditutup 5.30 petang ini.

Ia membabitkan 53 saluran di 14 pusat pengundian yang dibuka bermula 8 pagi tadi.

Sejumlah 20,793 pengundi biasa layak mengundi hari ini

selepas 96 peratus daripada 110 pengundi awal terdiri daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tanggungjawab masing-masing 9 April lalu.

Proses pengiraan undi akan dilakukan di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bandar Sri Sendayan.

Keputusan rasmi PRK DUN Rantau dijangka diketahui selewat-lewatnya 10 malam ini yang akan diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Rantau Mohd Nizam Tajul Arus.

PRK DUN Rantau menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram; calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Ia adalah PRK ketujuh selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September), Parlimen Port Dickson (13 Oktober) Parlimen Cameron Highlands (26 Januari) dan DUN Semenyih (2 Mac).

Disiarkan pada: April 13, 2019 @ 5:45pm
d