mutakhir

2 maut dirempuh komuter

Oleh Hasbi Sidek

DUA lelaki dipercayai warga asing maut dilanggar komuter berhampiran laluan Sungai Buloh-Kepong, Kuala Lumpur, petang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an dikatakan menceroboh laluan komuter di Kilometer 371.7 sebagai jalan pintas untuk ke kawasan berhampiran.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataannya berkata, komuter yang dalam perjalanan ke Stesen Kepong dari Stesen Sungai Buloh itu membawa 30 penumpang.

Menurut kenyataan itu, pemandu komuter memberhentikan tren sejurus menyedari kelibat mangsa yang terpelanting di kedua-dua bahu landasan.

“Berikutan itu, polis dimaklumkan mengenai kejadian dan tiba sejurus menerima laporan.

“Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Selayang bagi bedah siasat. Pihak KTMB menyediakan komuter gantian bagi membolehkan semua penumpang menyambung perjalanan mereka,” katanya.

Disiarkan pada: April 15, 2019 @ 12:11am
d