mutakhir

PERMATA kini Genius

Oleh Azzman Abdul Jamal

PROGRAM Permata Negara (PERMATA) dijenamakan semula serta diberikan nama baharu iaitu Genius.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, keputusan itu dibuat oleh Kabinet ubtuk diberikan penampilan yang lebih bersemangat dan berdaya siang.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama tetapi ada beberapa progran di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

“Keputusan ini dibuat oleh Kabinet untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, Nilai, hari ini.

Mazlee berkata, Progran Intevensi Murid Tahfiz Swasta mula dilaksanakan secara rintis di SMK Bekok, Segamat pada 2017 dengan pengambilan 30 orang murid tahfiz swasta dan 24 murid pada 2018.

Katanya, pelaksanaan program itu di SMK Desa Cempaka menggunakan model rakan startegi di SMK dengan pengambilan murid tahfiz swasta dari Maahad Tahfiz Al-Quran An-Njihah, Kampung Jijan, Nilai.

“Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baharu dalam arus pendidikan negara bagi memberi ruang kepada murid tahfiz mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara formal yang lebih sistematik di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk persediaan peperiksana Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlee berkata, Kementerian Pendidikan menyambut baik saranan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, bahawa sekolah berusia 15 tahun perlu melakukan audit keselamatan setiap tahun.

“Ia adalah cadangan yang baik dan kami akan mempertimbangkannya.” katanya.

Semalam, Lee menyatakan cadangan itu bagi menjamin tahap keselamatan pelajar guru serta kakitangan premis sekolah.

Katanya, ia berikutan keadaan struktur bangunan lama dan usang boleh menyebabkan insiden kemalangan sehingga mengakibatkan kematian.

Katanya lagi, bagi sekolah yang kurang daripada usia itu, proses berkenaan perlu dilakukan setiap tiga hingga lima tahun sekali.

Disiarkan pada: April 15, 2019 @ 3:20pm
d