mutakhir

[UPDATE] 'Saya yakin suami pulang dengan selamat'

Oleh Balqis Jazimah Zahari

“SAYA yakin suami (Mohammad Ashraf Hassan,29) akan balik dan selamat, itulah doa saya tanpa henti, setakat ini masih belum ada apa-apa (perkembangan terkini), doakan suami saya,” kata Hamizah Mohd Ramli, 27.

Hamizah adalah isteri kepada Mohammad Ashraf atau lebih mesra dengan panggilan Acap yang hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, 23 Mac lalu.

Selepas membisu tanpa sebarang komen atau memberikan kenyataan kepada media sejak hari pertama kehilangan suaminya, akhirnya Hamizah tampil meluahkan isi hatinya kepada NSTP hari ini.

Hamizah berkata, suaminya itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pelik terhadap ahli keluarga sebelum menyertai larian itu kerana bukan pertama kali dia menyertai larian seumpama itu.

“Dia macam biasa sebab ini bukan (acara) pertama kali disertainya, untuk larian ini, baru pertama kali dia sertai,” katanya yang juga bertugas sebagai Juruteknologi Makmal di Hospital Muar, Johor.

Mengenai anaknya Aisyah berusia setahun lebih yang sudah 24 hari tidak menatap wajah bapanya, Hamizah berkata, anaknya itu setiap hari bertanyakan mengenai suaminya yang dipanggil ‘daddy’.

“Dia memang rapat dengan ‘daddy’ dia, setiap hari cari tapi saya tetap positif, saya cakap ‘daddy’ balik malam ini.

“Setiap hari saya cakap macam itu, kata-kata kita pun satu doa” katanya.

Hamizah turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan netizen di laman sosial yang menyebarkan berita kononnya kehilangan Acap berkaitan masalah keluarga antara mereka berdua.

Menurutnya, berita yang disebarkan itu jelas fitnah malah memaklumkan dia dan suami tiada masalah keluarga.

“Semua yang baik saya anggap doa, yang tak baik saya positif, mungkin itu cara Allah SWT nak tambah pahala suami saya, mungkin mempercepatkan suami saya dijumpai.

“Saya cuba positifkan diri, masa inilah dugaan Allah SWT itu datang dari pelbagai sudut, sentiasa ambil positif, bersangka baik dengan Tuhan,” katanya.

Berita berkaitan

[UPDATE] Aishah rindu daddy...

[UPDATE] Acap terus dijejaki

Operasi besar-besaran cari Acap [METROTV]

‘Tiada petunjuk baharu’

‘Tunjukkan lokasi Acap di Johor’

18 hari dah Acap...

Acap di Johor?

Tepati syariat dalam pencarian Acap - Mufti

Penganjur nafi hebah ops cari Acap [METROTV]

Semoga Acap cepat ditemui

Ambil tindakan penyebar kenyataan palsu Acap

Tiada ganjaran pencarian Acap

’Acap...mak kat sini...balik nak’ [METROTV]

Tiada petunjuk, SAR Acap dihentikan

Rakan yakin Acap selamat

Peserta hilang ketika larian

’Baliklah Acap, mak masak asam pedas...’

Masih tiada petunjuk pencarian Acap

Disiarkan pada: April 15, 2019 @ 5:35pm
d