mutakhir

Rudy pangku tugas KPD Dang Wangi

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SUPERINTENDAN Rudy Abdullah kini memangku tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Dang Wangi berkuat kuasa, hari ini.

Beliau yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi memangku jawatan itu selepas KPD ketika ini, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah bakal ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran, Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman berkuat kuasa esok.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi disaksikan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad.

Roslan turut meluangkan masa dua jam bagi melawat dan mengadakan mesyuarat di IPD Dang Wangi.

Sementara itu, Shaharudin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai KPD Dang Wangi sejak lebih setahun lalu.

Disiarkan pada: April 16, 2019 @ 10:22pm
d