mutakhir

[UPDATE] Pelajar dijangkiti H1N1 dikawal rapi - Exco

Oleh BERNAMA

PENGURUSAN Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh sudah menjalankan pemantauan dan kawalan rapi ke atas pelajar yang disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) bagi mengelakkan jangkitan itu lebih serius dan berleluasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, sekolah itu bersama Jabatan Kesihatan Negeri mampu mengendalikan pelajar yang dijangkiti memandangkan kes sama pernah berlaku dua tahun lalu.

“Sekolah ini ada kemudahan mencukupi untuk menangani masalah (jangkitan H1N1) dengan mengasingkan pelajar yang dijangkiti dari segi kelas dan tempat penginapan.

“Oleh itu, ibu bapa dan orang ramai tidak perlu khuatir kerana kes ini terkawal dan tidak membimbangkan,” katanya ditemui selepas meninjau keadaan pelajar yang dijangkiti H1N1 di sekolah itu hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 22 kes baru disyaki H1N1 dikesan di sekolah itu sehingga semalam menjadikan jumlah kumulatif dilaporkan seramai 102 orang termasuk seorang guru yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak dan batuk.

Sebelum ini, tular dalam media sosial 100 pelajar STAR Ipoh diserang penyakit misteri dengan kebanyakannya batuk, muntah dan demam sehingga ada ibu bapa membawa pulang anak mereka.

Berita berkaitan

Pelajar sekolah di Ipoh dijangkiti H1N1

Disiarkan pada: April 19, 2019 @ 11:35am
d