mutakhir

Bayi perempuan ditinggal dalam masjid

Oleh Hadzlihady Hassan

SEORANG bayi perempuan ditemui ditinggalkan dalam kotak di Masjid Aceh, Simpang Tiga Ara Kuda, Tasek Gelugor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bayi berkenaan ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain batik oleh penduduk.

Beliau berkata, bayi itu ditemui pada 1.20 tengah hari dan siasatan mendapati dia masih hidup.

“Bayi perempuan itu dalam keadaan sihat, namun dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, kami masih mengesan individu yang meninggalkan bayi itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 4:10pm
d