mutakhir

Naik taraf telefon dengan HUAWEI 'Level-Up'

Kuala Lumpur: Ingin tukar telefon baharu yang lebih canggih? Inilah masanya kerana HUAWEI memperkenalkan program HUAWEI ‘Level-Up’ yang boleh menaik taraf telefon pintar lama kepada siri P30.

Tetapi, program ini hanya dibuka kepada pengguna yang memiliki peranti HUAWEI terpilih sahaja. Caranya juga mudah, hanya perlu menyertai Program HUAWEI 'Level Up' yang bermula 6 April lalu di 108 HUAWEI Experience Stores di seluruh negara.

Langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Menyalin data sedia ada dan keluarkan kad SIM serta Micro SD daripada peranti.

2. Bawa peranti ke mana-mana HUAWEI Experience Stores terpilih untuk dinilai keadaan fizikal.

3. Aplikasi diagnostik akan dipasang pada peranti untuk menguji fungsi termasuk kamera, pengecasan dan lain-lain. Sebaik selesai, aplikasi akan menunjukkan nilai dagang peranti.

4. Jika dipersetujui, kakitangan akan memberi baucar yang boleh digunakan untuk pembelian siri HUAWEI P30 di HUAWEI Experience Stores yang sama.

5. Pembelian ini terhad kepada satu unit siri HUAWEI P30 untuk setiap transaksi.

Namun, tidak semua peranti yang layak dan HUAWEI memutuskan pengguna memiliki jenama di bawah sahaja dibenarkan menyertainya.

HUAWEI Mate 8 32GB, HUAWEI Mate 8 64GB, HUAWEI Mate S, HUAWEI Mate 9, HUAWEI Mate 9 Pro HUAWEI Mate 10, HUAWEI Mate 10 Pro, HUAWEI Mate 20, HUAWEI Mate 20 X, HUAWEI Mate 20 Pro, HUAWEI Mate 20 Pro 256GB, HUAWEI P9 32GB, HUAWEI P9 64GB, HUAWEI P9 PLUS 64GB, HUAWEI P10, HUAWEI P10 Plus, HUAWEI P20, HUAWEI P20 Pro, HUAWEI nova 2 Plus, HUAWEI nova 2i, HUAWEI nova 3 dan HUAWEI nova 3i.

Untuk maklumat lanjut mengenai program HUAWEI ‘Level Up’, lawati https://consumer.huawei.com/my/campaign/huawei-p30-series-trade-in-deals/

Peranti baru HUAWEI P30 dan P30 Pro yang dilancarkan baru-baru ini, kini berada di pasaran Malaysia. Setiap pembelian HUAWEI P30 Pro akan disertakan bersama-sama bekas kalis air untuk snorkeling berharga RM428.

Manakala pengguna membeli HUAWEI P30 akan menerima bekas pengecasan tanpa wayar bernilai RM268 secara percuma.

HUAWEI P30 Pro dan HUAWEI P30 didatangi dalam tiga warna iaitu Breathing Crystal, Aurora dan Hitam.

Untuk P30 Pro harga bagi 8GB, 256GB ROM adalah RM3,799 manakala 8GB, 512GB ROM, RM4,399. Untuk P30 pula, harga 8GB, 128GB ROM ialah RM2,699.

Pembelian kedua-dua peranti HUAWEI P30 Pro dan HUAWEI P30 juga mendapat tambahan jaminan sehingga 18 bulan, berbanding kebiasaannya, 12 bulan.

HiCare Aplikasi ke atas telefon pintar HUAWEI ini hanya aktif pada 5 Mei ini. Tambahan enam bulan jaminan ini selari dengan Polisi Jaminan HUAWEI Malaysia yang membeli perlindungan atas beberapa faktor.

Maklumat lanjut boleh layari https://consumer.huawei.com/my/support/warranty-policy/.

Disiarkan pada: April 23, 2019 @ 7:25pm
d