mutakhir

Rencana Royale ikon moden terbaharu TTDI

Oleh Nurhayati Abllah

MAHUKAN gaya hidup bandar dengan kediaman moden, mewah dan inovatif, Rencana Royale oleh kumpulan CK East Group di perbandaran Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mampu memenuhi impian itu.

Dibangunkan di atas tanah rizab Melayu, Rencana Royale dirancang dan dibina dengan begitu teliti, sesuai dengan keperluan golongan berkenaan, sekali gus menjadi mercu tanda baharu di TTDI.

Rencana Royale merangkumi keperluan komponen penting bagi masyarakat masa kini termasuk gaya hidup, pekerjaan, kemewahan dan kehidupan serba mewah.

Projek pegangan bebas bersepadu ini merangkumi ruang kediaman, ruang korporat dan blok niaga.

Rencana Royale adalah hartanah terlaris yang dibina berkonsepkan hotel mewah di TTDI dengan penawaran harga mampu milik berharga RM300,000 ke atas.

Ia sebuah pembangunan 13 tingkat yang berkepadatan rendah dengan 622 unit kediaman.

Unit kediaman berkenaan terbahagi kepada Corporate Suites “In The Sky”, Garden Suites, Deluxe Suites & Duplex serta Executive Suites.

Corporate Suites merangkumi 16 unit di kediaman empat tingkat didatangkan dengan kemudahan serba mewah dengan lobi lif eksklusif, ruang parkir yang menyediakan akses langsung kepada pemilik.

Tingkat bawah menempatkan kolam renang peribadi dan ruang tamu luas, manakala tingkat satu dan dua menyediakan bilik dan balkoni untuk keselesaan ahli keluarga dan waktu peribadi berkualiti, sementara tingkat paling atas disediakan ruang taman peribadi.

Garden Suites pula merangkumi unit kediaman lapan tingkat yang diserikan dengan landskap taman menghijau yang boleh diakses ke laluan masuk eksklusif.

Bagi kategori Deluxe Suites (unit tunggal dan dupleks) direka untuk kehidupan lebih luas dengan pilihan binaan masing-masing merangkumi keluasan 1,109 dan 1,841 kaki persegi.

Executive Suites pula menawarkan gabungan unit tunggal dan dupleks yang menggabungkan campuran gaya serta rekaan yang menarik diinspirasikan daripada kesederhanaan unit studio.

Setiap kediaman ditawarkan dengan ruangan saiz 472 kaki persegi bagi unit tunggal dan 875 kaki persegi untuk dupleks.

Rencana Royale dibangunkan sekitar Jalan Datuk Sulaiman, selain lokasinya yang sangat strategik berdekatan dengan pusat tumpuan ramai, iaitu kurang lima kilometer dari pusat beli belah kelengkapan rumah, IKEA Damansara, 1 Utama dan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) TTDI.

Selain itu, ia juga berhampiran dengan kemudahan rangkaian lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) dan Penchala Link.

Rencana Royale juga menawarkan pemandangan dek di lantai teratas yang menarik serta mengagumkan.

Antara fasiliti bertaraf lima bintang yang disediakan di Rencana Royale kolam renang infiniti, gimnasium, taman permainan dan bilik permainan.

Kepada mereka yang berminat, boleh melakukan pendaftaran sekarang dengan tawaran tempahan serendah RM1,000 saja.

Maklumat lanjut boleh melayari www.ckeast.com atau menghubungi 03-77221688.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 8:15am
d