mutakhir

Siapalah buat perangai ceroboh trek MRT?

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa (MRT) tergendala berikutan berlaku pencerobohan laluan trek antara Stesen Taman Coonnaught dan Bandar Tun Hussein Onn, kira-kira 6 petang hari ini.

Menerusi akaun Twitter rasmi Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), memaklumkan pihaknya terpaksa menghentikan sementara perkhidmatan MRT di stesen berkenaan bagi pemeriksaan laluan trek selamat untuk beroperasi.

Pihak MRT Corp turut menyediakan bas henti-henti kepada pengguna dari Stesen Bukit Dukung ke Batu Sebelas di kedua-dua arah.

Perkhidmatan MRT di stesen-stesen berkenaan beroperasi semula kira-kira 8 malam tadi selepas laluan trek didapati selamat untuk beroperasi.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak terbabit berhubung kejadian pencerobohan itu.

Disiarkan pada: April 24, 2019 @ 9:10pm
d