mutakhir

Didakwa bunuh remaja lelaki

Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

LELAKI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, atas dakwaan membunuh seorang remaja lelaki berumur 18 tahun, pada Februari tahun lalu.

Tertuduh, Sisal Benigno, 41, mengangguk faham terhadap pertuduhan itu selepas dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang berasal dari Sandakan itu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohamad Nazim Khairol di hadapan sebuah bangunan di Asia City, Kota Kinabalu, antara 8.30 malam hingga 9 malam, pada 18 Februari tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 3:29pm
d