mutakhir

'Orang kampung' meriah hari guru

Oleh Rosman Shamsudin

TEMA ‘orang kampung’ memeriahkan sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Keledang, Slim River, hari ini.

Pelbagai gelagat dan gaya dapat disaksikan pada sambutan itu termasuk persembahan guru mendendangkan lagu yang mencuit hati murid.

Nyanyian lagu Datuk Jamal Abdillah, ‘Derita Cinta’ didendangkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ahmad Zaharudin Amin, 49, paling menonjol.

Guru Besar SK Sri Keledang Ahmad Shauhada Zakaria berkata, setiap tahun Kelab Guru akan menetapkan tema bertujuan memeriahkan sambutan pada setiap tahun.

“Biasanya, hari sekolah guru berpakaian rasmi jadi apa salahnya sesekali kami ke sekolah dengan berpakaian cara orang kampung mengikut tema.

“Murid nampak gembira dan teruja melihat gelagat guru sepanjang sambutan itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Hari Guru kebiasaannya disambut pada 16 Mei setiap tahun, namun tahun ini diawalkan kerana tarikh berkenaan jatuh pada Ramadan.

Sambutan Hari Guru di SK Sri Keledang turut dimeriahkan pelbagai aktiviti termasuk anugerah guru dalam pelbagai kategori disediakan melalui undian dijalankan murid.

Disiarkan pada: April 26, 2019 @ 4:09pm
d