mutakhir

Direman 4 hari curi RM100

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

LELAKI yang dipercayai mencuri RM100 milik peniaga di pasar minggu pekan Manir, Kuala Terengganu, direman empat hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 30-an itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dijalankan.

Menurut sumber, mangsa yang sedang berniaga di tapak pasar minggu di lokasi berkenaan dihampiri lelaki tidak dikenali dari arah belakang 9.40 pagi semalam.

Katanya, suspek kemudian dengan selamba mengambil wang hasil jualan mangsa yang diletakkan di dalam bekas di atas meja.

“Terkejut melihat suspek memegang RM100 hasil jualannya, mangsa menangkap suspek dengan bantuan orang ramai yang ada di lokasi.

“Sejurus kejadian itu, mangsa menghubungi polis dan menyerahkan suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: April 28, 2019 @ 10:09pm
d