mutakhir

Wanita maut motosikal terbabas

Oleh Safuri Kamarudin

PENGERUSI Tetap Wanita UMNO Cawangan Kampung Charok Beras Ulu maut dalam kemalangan di Jalan Paya Besar - Kampung Charok Beras, Kuala Ketil, semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Puziah Shaari, 53, menunggang motosikal Honda Wave dari rumahnya di Jalan Klinik Charok Beras ke pekan Kuala Ketil.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan berdekatan dengan tebing di bahu jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Kuala Ketil,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ” katanya.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 9:16am
d