mutakhir

Pokok hempap bumbung rumah

Oleh Norizuan Shamsuddin

SEBUAH rumah di Batu 15, Jalan Kenanga di Hulu Langat, mengalami kerosakan di bahagian bumbung selepas dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan ribut, hari ini.

Jurucakap Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (SSCC) berkata, pihaknya terima laporan mengenai kejadian pokok tumbang pada jam 7 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) dikerahkan ke lokasi untuk bantuan lanjut.

"Apabila anggota tiba di lokasi didapati kejadian menyebabkan bumbung sebuah rumah penduduk mengalami kerosakan.

"Kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada penghuni kediaman terbabit dan setakat ini tiada tempat pemindahan dibuka susulan kejadian itu.

"Anggota SSCC membantu melakukan kerja mengalih dan membersihkan pokok tumbang terbabit dengan kerjasama penduduk setempat.

"SSCC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku," katanya menerusi satu kenyataan.

Disiarkan pada: April 29, 2019 @ 11:44pm
d