mutakhir

Ditemui terbaring 10 meter dari rumah

Oleh Khalid Latip

SEORANG tuai rumah dilaporkan hilang ditemui sudah meninggal dunia berhampiran Rumah Lengain Patrick Kudang Sebetan, Saratok, 9 malam tadi.

Terdahulu Kudang@Patrick Kudang Megat, 71, tidak pulang ke rumah selepas keluar dipercayai untuk ke kebun di Jalan Roban Lama.

Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu penduduk rumah panjang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa pada 7.35 malam.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 10 meter dari rumah panjang dan pemeriksaan mendapati dia sudah meninggal dunia.

“Ketika ditemui, mangsa masih memakai baju, seluar hitam panjang dan kasut warna kuning.

“Sebelum penemuan itu, pasukan SAR menjumpai kesan dahan patah dan beberapa potongan kayu tidak jauh dari rumah panjang itu,” katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian, pihaknya tidak menjumpai sebarang tanda serangan haiwan buas atau patukan ular berbisa.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Saratok pada 9.33 malam dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 12:45pm
d