mutakhir

33,588 murid cuci tangan serentak

Oleh Balqis Jazimah Zahari

SERAMAI 33,588 murid tahun satu daripada 852 sekolah rendah di negeri ini menyertai kempen Malaysia Book Of Record (MBOR), murid teramai membersihkan tangan secara serentak.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A Sivanesan berkata, jumlah itu adalah sebahagian 440,000 murid menyertai kempen sama seluruh negara, hari ini.

“Kempen ini bermanfaat dalam usaha pencegahan awal penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) semakin menular di negara kita.

“Amalan ini tidak terhad untuk murid tahun satu saja, kita akan memperluaskan kempen ini agar ia menjadi budaya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kempen berkenaan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pakatan Jaya, Ipoh, hari ini.

Sivanesan berkata, bermula Januari hingga 20 April lalu, seramai 156 murid sekolah di negeri ini dijangkiti penyakit HFMD namun setakat ini tiada sekolah diarahkan tutup.

Disiarkan pada: April 30, 2019 @ 1:04pm
d