mutakhir

Mazlan dilantik Pengerusi BERSATU Johor

Oleh Hairulazim Mahmud

BEKAS Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Mazlan Bujang yang digugurkan minggu lalu sah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 25 Mei ini.

“Mazlan akan mengambil alih tugas ini dari Datuk Osman Sapian yang menjawat jawatan itu sebelum ini.

“Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memegang jawatan itu sebaliknya beliau ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perubahan pucuk pimpinan BERSATU negeri itu selaras dengan pelantikan Menteri Besar baru iaitu Datuk Dr Sahruddin Jamal selepas peletakan jawatan Osman, baru-baru ini.

Disiarkan pada: May 1, 2019 @ 12:09am
d