mutakhir

Penunggang maut rakan parah

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

SEORANG lelaki maut, manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Kilometer 48 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Selangor, hari ini.

Dalam kejadian 6.50 pagi, mangsa, Lam Siew Loong berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala rakannya Lai Chun Men, 26, membonceng motosikal dilaporkan patah bahu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Lim Bak Phai berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa menaiki motosikal Yamaha LC dalam perjalanan dari Sungai Choh ke Rawang.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pembonceng yang parah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: May 2, 2019 @ 2:29pm
d