mutakhir

Penuntut meninggal dunia ketika sedang dirawat

Oleh Erika George

PENUNTUT lelaki Politeknik Mukah maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah kereta di Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, 2 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Kelvin Ho Ching Choong, 21, meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Bintulu.

“Mangsa ditemui terbaring di tepi jalan dan terus dikejarkan ke hospital menggunakan ambulans.

“Namun, dia meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alexson berkata, kereta melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa masih belum dikenal pasti dan pemandunya dipercayai melarikan diri.

“Kami menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu dan saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: May 3, 2019 @ 3:42pm
d