mutakhir

Ditahan selepas 13 jam curi EX5

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Dua remaja lelaki ditahan kira-kira 13 jam selepas dikesan mencuri sebuah motosikal Honda EX5 dari tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Kulim semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Noor, pemilik asal meninggalkan Honda EX5 berkenaan di tempat letak kenderaan itu pada jam 11 pagi dalam keadaan berkunci

Katanya, kejadian disedari mangsa pada 11.55 pagi selepas mendapati Honda EX5 miliknya hilang.

“Hasil penelitian kamera litar tertutup (CCTV) kami mengesan gelagat dua suspek berkenaan. Motosikal ditunggang diparkir bersebelahan Honda EX5 milik mangsa.

“Seorang daripada mereka dilihat merosakkan suis Honda EX5 berkenaan, sementara itu rakannya membuat pembayaran di mesin automatik sebelum beredar bersama kenderaan dicuri.

Safuan berkata, susulan itu polis mengesan suspek sebelum menahan mereka pada 1 hingga 1.30 pagi tadi sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

“Kami kemudian menemui semula motosikal berkenaan, turut dirampas sebuah lagi Honda EX5 warna hitam dilaporkan hilang di pekan Kulim.

“Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: May 3, 2019 @ 4:07pm
d