mutakhir

Lima diminta tampil bantu perbicaraan

Oleh Hasbi Sidek

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Cawangan Tawau, sedang mengesan lima individu bagi membantu perbicaraan.

Jurucakap SPRM Putrajaya berkata, semua saksi berasal dari Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah.

“Saksi pertama yang dikesan adalah seorang wanita dikenali sebagai Bujang Lasa Manaja, 52. Saksi kedua juga seorang wanita bernama Nuri Alsa Mitanyu, 29.

“Seorang lelaki dikenali sebagai Nasal Mitanyu, 26, adalah saksi ketiga manakala saksi keempat dikenali sebagai Muliana Mitanyu, 24. Seorang lagi dikenali sebagai Kamal Mitanyu, 19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung kelima-lima individu berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Penguasa Susilahwatie Sino di talian 013-887 7033.

Disiarkan pada: May 6, 2019 @ 2:51pm
d