mutakhir

Empat rumah rosak akibat ribut

Oleh Nor Farhani Che Ad

EMPAT kediaman di Kampung Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani, mengalami kerosakan dalam kejadian ribut semalam.

Dalam kejadian 5.43 petang itu, rumah menjadi tempat berlindung 22 mangsa mengalami kerosakan pada bumbung.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 6.30 petang selepas menerima panggilan dari Balai Polis Merbok.

“Seramai enam anggota ke lokasi ribut dan mendapati empat buah rumah rosak di bahagian bumbung berikutan angin kuat berserta hujan lebat.

“Anggota membuat pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan keadaan selamat sebelum menyerahkan kit bencana kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, tiada kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dilaporkan.

Disiarkan pada: May 6, 2019 @ 8:40pm
d