mutakhir

Rakam video sebelum gantung diri

Oleh Nurul Amanina Suhaini

LELAKI warga asing membuat rakaman sebelum menggantung diri dalam kejadian di sebuah kilang di Mersing semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, dalam kejadian 4.42 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian.

Katanya, mangsa iaitu pekerja kilang berkenaan berusia 20 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung di dapur asrama pekerja kilang oleh pengawal keselamatan.

“Laporan polis dibuat atas penemuan itu dan pemeriksaan awal pada tubuhnya tidak menemui tanda perbuatan jenayah.

“Mangsa merakam video kejadian itu menggunakan telefon bimbitnya sebelum menggantung diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cyril berkata, mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: May 7, 2019 @ 2:29pm
d