mutakhir

PM beli putu piring, cakoi [METROTV]

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

KUIH putu piring dan cakoi antara menu pilihan dibeli Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika singgah di Bazar Ramadan Putrajaya di Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Kehadiran beliau di bazar berkenaan diiringi Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim serta pengiring beliau.

Dr Mahathir tiba 5.45 petang dan meluangkan masa kira-kira setengah jam di bazar berkenaan.

Selain itu, beliau turut bermesra bersama pengunjung dan ada juga yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama Perdana Menteri.

Bazar Ramadan Putrajaya terletak bersebelahan Masjid Tuanku Zainal Abidin (MTMZA) disertai 300 peniaga serta beroperasi bermula 4 petang hingga 7.30 malam dengan lebih 1,000 menu berbuka puasa dijual di situ.

Disiarkan pada: May 7, 2019 @ 7:00pm
d