mutakhir

Selamat diri panjat saluran paip [METROTV]

Oleh Hadzlihady Hassan

TUJUH kedai yang dikategorikan sebagai bangunan warisan musnah dalam kebakaran di Jalan Kuala Kangsar, Prangin Estate, Georgetown, hari ini.

Bagaimanapun kejadian 2.30 pagi itu, tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Penguasa Kanan Bomba 1 Muhammad Tarmizi Md Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.33 pagi.

Menurutnya, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Jalan Perak dan Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Tujuh unit bahagian atas rumah kedai dua tingkat itu hangus keseluruhannya kerana api merebak dengan pantas.

“Ketika kejadian ada lima penghuni terdiri daripada dua lelaki tempatan dan tiga warga Bangladesh,” katanya.

Menurutnya, namun semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tangga dan turun melalui saluran paip di belakang premis.

“Hasil siasatan awal, ada saksi memberitahu yang kebakaran itu disebabkan kebocoran gas memasak di rumah terbabit.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca dan jumlah kerugian sebenar,” katanya.

Disiarkan pada: May 9, 2019 @ 10:57am
d