mutakhir

Lori terbalik, pemandu disaman

Oleh Farah Suhaidah Othman

MALANG berganda menimpa pemandu lori apabila bukan saja lori muatan perabot dipandunya terbalik di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh hari ini namun dia turut disaman atas kesalahan cuai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dalam kejadian 11.30 pagi itu, siasatan awal mendapati pemandu bersama kelindannya menaiki lori membawa muatan perabot dari arah Tapah menghala ke utara.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian lori terbabit terbabas sebelum terbalik di lorong kiri lebuh raya.

“Pemandu dan kelindannya tidak cedera.

“Kemalangan tidak mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Ali berkata, susulan kejadian itu, polis mengeluarkan saman terhadap pemandu itu kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 6:03pm
d