mutakhir

Pek makanan buat pelajar tahfiz

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

PERTUBUHAN Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) menyumbangkan 100 pek makanan sihat kepada pelajar Madrasah Tahfiz Al-Fath (MATAF) di Senawang, Seremban, semalam.

Penasihat Kehormatnya, Mohd Asna Amin berkata, makanan itu diberikan kepada 50 pelajar untuk bekalan sahur selama dua hari.

Katanya, produk diberikan adalah nasi lemak dan nasi goreng segera tanpa pengawet serta air madu tanpa gula yang bertenaga.

“Menjelang Ramadan, anak yatim dan tahfiz menerima sumbangan berbentuk makanan adalah kebiasaan.

“Kami (PEMA) mencipta sedikit kelainan apabila menyumbangkan pek makanan sihat dan berkhasiat,” katanya mewakilkan kepada Presiden PEMA, Zamri Zaimon menyampaikan sumbangan kepada guru madrasah itu, Md Amirul Hanis Husaini.

Mohd Asna berkata, makanan itu adalah produk Bumiputera Islam dihasilkan ahli PEMA untuk pasaran tempatan.

Bagi mengimarahkan Ramadan, katanya, sumbangan itu akan diteruskan di beberapa pusat tahfiz lain selepas ini.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 9:53pm
d